Sunday, July 23, 2006

What we can do (re UPM incident)

MALAYSIA YOUTH AND STUDENTS DEMOCRATIC MOVEMENT (DEMA)
Add: 3, Jln 5/58, Tmn Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel / Fax: 03-77839525 Email:demamalaysia@gmail.com

Anda boleh menghubungi orang-orang berikut untuk memberi tekanan kepada
mereka untuk menghentikan sebarang penindasan dalam kampus.

1. Major Feisal bin Awang (019-2218548)
Head of UPM Security Department
Security Department UPM
43400 UPM Serdang.
Tel : 03-8946 6114 / 8946 6116Faks : 03-8943 3468

1. Prof. Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah
Naib Canselor UPM
Pejabat Naib Canselor, Canseleri
UPM43400 UPM Serdang.
Tel : 03-8946 6001/ 8946 6002/ 8948 6888Faks : 03-8948 3244
Emel : nc@putra.upm.edu.my

1. YB Dato' Mustapa bin Mohamed
Minister of Higher Education
Ministry of Higher EducationBlok E3, Parcel E,
* *Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.
Tel : 03-8883 5000Faks : 03-8889 3921 Emel :webmasterkpt@mohe.gov.my

Kami juga meminta anda melapor polis terhadap kes-kes penindasan di kampusUPM yang berlaku dalam beberapa minggu tersebut.Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh menghubungi Lee Huat Seng,019-3471016.

Yang benar,
Lee Huat Seng
Secretary of International Affairs
Malaysian Youth and Students Democratic Movement(DEMA)

Lua Khang Wei
Pengerusi
Gabungan Anak Muda dan Pelajar, JERIT(GAMP)

*Contoh Surat**

HENTIKAN TINDAKAN MEMBULI DAN MENGASARI AHLI GERAKAN MAHASISWA MAJU,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OLEH KUMPULAN ASPIRASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIADENGAN SOKONGAN PIHAK JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

** *Kami/ Saya daripada ____________________ membantah tindakan pihak KumpulanAspirasi UPM dan Jabatan Keselamatan yang membuli dan mengancam keselamatan mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa Maju, UPM. Kami dimaklumkan, bahawa beberapa mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa Maju( GMM) , Universiti PutraMalaysia (UPM) telah dikasari dan diancam keselamatan oleh pihak KumpulanAspirasi UPM dan juga tindakan ini dibenarkan oleh Jabatan KeselamatanUniversiti Putra Malaysia. Kami berpendapat dua tindakan ini iaitu membulidan mengasari ahli Gerakan Mahasiswa Maju adalah satu tindakan jenayah dan menyalahi undang-undang. Kami dimaklumkan, pada 17/7/06 (Isnin), lebih kurang jam 6.30pm . beberapa pelajar Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) telah membuka KaunterPerkhidmatan Perkhidmatan Pelajar di kafeteria Kolej 12 ,UPM , untuk membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa baru dalam apa-apa masalah yang dihadapi oleh mereka sama ada di sekitar kawasan UPM ataupun kolej kediaman mereka.

Kami berpendapat khidmat dan usaha yang cuba dilakukan oleh mahasiswa ini kepada mahasiswa baru adalah sesuatu yang patut diberi galakandan sokongan tetapi sedihnya pada jam lebih kurang 7.00 pm, lebih 50 orangpelajar yang dikenali sebagai ahli Kumpulan Aspirasi, UPM dikatakan telah mengepung 7 orang ahli Gerakan Mahasiswa Maju , UPM. Kumpulan pelajar tersebut dikatakan diketuai oleh Eddy Azuan (nombor matrik: 121896). Kumpulan pelajar tersebut dikatakan berkelakuan seperti samseng. Mereka menjerit dengan kuat dan menghentak meja dengan kuat dan kasar.Mereka merampas risalah serta menghalau ahli Gerakan MahasiswaMaju, UPM dan meminta mereka beredar dari situ dalam tempoh masa 10 minit. Apabila ahli GMM tidak beredar dari situ, kumpulan Aspirasi ini menarik kerusi dan mejayang menyebabkan ahli GMM terjatuh. Pelajar samseng itu juga menolak dan mengasari ahli GMM, UPM .

Seorang pemberita daripada Merdekareview.comtelah diteriak di tepi telinga dengan kuat, ditolak, dirampas pen dan kameranya telah rosak ketika dirampas oleh kumpulan pelajar samseng. Segelintir pelajar samseng telah bertindak dengan kelakuan tidak senonoh terhadap pelajar perempuan GMMUPM. Apabila insiden ini semua berlaku, pegawai keselamatan UPM dikatakan tidak membuat apa- apa walaupun bantuan telah diminta.

Maka pihak pelajar terpaksa menelefon polis untuk menyelamatkan keadaan. Insiden ini jelas menunjukkan bahawa tindakan kumpulan Aspirasi ini dibuat dengan sokongan Jabatan Keselamatan UPM. Insiden 17/7/2006 bukannya insiden pertama ahli GMM, UPM dibuli dan dikasari dikawasan UPM. Pada 11/7/2006 pun mereka telah dikasari oleh kumpulan yang sama dibantu dengan Pegawai Jabatan Keselamatan UPM. Kami/ saya ___________________________________ menuntut, pihak universiti memberhentikan tindakan membuli dan mengasari mahasiswa GMM, UPM. Tindakan mengancam keselamatan pelajar adalah satu tindakan jenayah. Pihak Universiti harusnya memastikan pelajar universiti dapat bergerak dan membuat aktiviti mereka dengan bebas. Adalah menjadi tanggungjawab pihak universiti untuk menjaga keselamatan mahasiwa bukannya mengancam mereka. Kami juga menuntut pelajar kumpulan Aspirasi Universiti yang terlibat dalam insiden ini diambil tindakan.

Yang benar,* ** (Nama) *

No comments:

Post a Comment